Dibanjiri Bakat Muda, Wan Rohaimi Sasar Lahirkan Bintang Bersama PDRM FC
Dunia
PDRM FC
Advertisements

Pada musim 2022, PDRM FC kekal bersaing di Liga Perdana namun kali ini ianya sedikit berbeza apabila skuad ini bakal ditunjangi rata-rata pemain yang masih muda.

Ketua jurulatih PDRM FC, Wan Rohaimi Wan Ismail melaungkan keyakinan dengan potensi pemain-pemain muda dan tidak mahu bersandarkan kepada pemain-pemain yang sudah ada nama dalam kancah bola sepak tempatan.

“Seperti mana musim lalu, falsafah yang saya mahu terapkan akan terus kekal iaitu saya mahu melahirkan bintang dalam kalangan pemain muda.

Advertisements

“Saya tidak mahu bersandarkan kepada pemain yang ada nama semata-mata tetapi pemain yang boleh bekerja untuk pasukan serta ada kemahuan tinggi dalam diri sendiri, aspek ini ada pada sebahagian besar pemain muda.

Wan Rohaimi menegaskan bahawa pada musim 2022, hanya lima pemain sahaja yang boleh dikatakan berpengalaman manakala baki pemain yang lain adalah terdiri dari bakat-bakat muda berbakat besar.

“Hanya lima pemain sahaja pemain dalam pasukan ini yang boleh dikatakan berpengalaman dengan selebihnya saya ambil bakat-bakat muda yang ingin bermain bagi perkuatkan PDRM.” jelas Wan Rohaimi kepada MFL.

Advertisements

Untuk rekod, Wan Rohaimi adalah jurulatih yang mempunyai pengalaman 10 tahun dalam pembangunan pemain muda apabila beliau menjadi jurulatih di bawah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) yang diketuai oleh Lim Teong Kim sebagai Pengarah Projek.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram