Advertisements
Wartawan Jerman Akui Kehebatan Lim Teong Kim Kenal Pasti Bakat Bintang Dunia
Eropah
MakanBola
Perak FC

Seorang wartawan Jerman tampil mengakui kehebatan yang dimiliki oleh jurulatih Malaysia, Lim Teong Kim dalam mengenal pasti bakat berkelas dunia.

Perkara ini sudah pun tercatat dalam sebuah penulisan yang berjudul Das Reboot yang ditulis oleh penulis dan wartawan terkemuka di Jerman iaitu Raphael Honigstein yang berkhidmat bersama beberapa The Athletic, Bts Sport dan juga SPIEGEL Sport.

Buku yang mengisahkan tentang bagaimana gergasi bola sepak dunia iaitu Jerman berjaya mewujudkan identitinya semula dan menakluk dunia selain mengisahkan pelbagai perjalanan pahit manis pasukan.

Babak yang menjadi tumpuan apabila terdapat bahagian yang menceritakan kebijaksanaan Teong Kim yang juga bekas jurulatih b-13 tahun Bayern Munich dalam mencungkil potensi sebenar bakat muda.

Pencari bakat Bayern Munich ketika itu, Jan Pienta begitu berminat terhadap potensi yang dipamerkan oleh bintang Piala Dunia Jerman, Thomas Müller kali pertama beliau mula beraksi semasa kecil.

Bekas Pengarah Teknikal Pogram Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP) itu melihat ciri unik yang dimiliki oleh Muller selaku pertahanan tengah pada masa tersebut.

Katanya, Muller lebih berminat untuk membantu jentera serangan jadi beliau meletakkannya selaku pemain tengah.

Muller juga pernah memberi pengiktirafan yang cukup tinggi kepada individu yang lebih mesra disapa Mr.Kim di Bayern Munich sebagai salah seorang jurulatih yang memberi impak besar kepada kariernya.

Teong Kim bagaimanapun telah membuat kepulangan ke Malaysia dan berkhidmat bersama Perak FC di Liga Super hampir separuh musim 2023.