Advertising
Wei Chong-Kai Wun Kini Beregu Lelaki Ke-7 Dunia
UltraSukan
BA Malaysia

Man Wei Chong dan Tee Kai Wun kini sah menjadi antara 10 beregu lelaki terbaik di dunia.

Meskipun mereka tersingkir awal dalam saingan Orleans Masters 2025, kedudukan ranking mereka terus menunjukkan perubahan positif.

Ad

Wei Chong-Kai Wun yang menduduki ranking ke-11 bakal mengisi kedudukan ketujuh dunia. Ini menjadikan Malaysia memiliki tiga beregu lelaki terbaik di dunia.

Ad

Selain Wei Chong-Kai Wun, Goh Sze Fei dan Nur Izzuddin Rumsani menghuni kedudukan kedua dunia. Juara dunia 2022, Aaron Chia-Soh Wooi Yik pula menghuni kedudukan kelima dunia.

Perubahan ranking terbaru ini dijangka memberi suntikan semangat buat barisan beregu lelaki negara menjelang saingan All England Open 2025.

Ad

Barisan beregu lelaki negara berharap dapat mengakhiri kemarau kejuaraan Malaysia dalam acara beregu lelaki. Kali terakhir kejayaan itu dicapai ialah tahun 2007 menerusi Koo Kien Kiat-Tan Boon Heong.

Ad

Selain mereka, saingan All England Open 2025 turut disertai dua beregu profesional negara, Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong dan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi.

Ad

Subscribe
Notify of
0 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments