Beregu lelaki ketiga Malaysia, Man Wei Chong dan Tee Kai Wun telah mengumpul hadiah wang berjumlah RM254,000.
Ini susulan kejayaan mereka mara ke peringkat separuh akhir Malaysia Open 2025 dan bergelar juara Indonesia Masters 2025.
Wei Chong-Kai Wun kempunan membuka tahun 2025 dengan penampilan final di Axiata Arena. Ini selepas mereka tewas kepada beregu China, Chen Boyang dan Liu Yi.
Mereka tewas dengan keputusan 26-24, 21-16, 21-15. Meskipun tewas, Wei Chong dan Kai Wun membawa pulang hadiah wang berjumlah AS$20,300 (RM89,000).
Saingan Indonesia Masters 2025 pula menyaksikan beregu ke-12 dunia itu menewaskan pilihan utama kejohanan, Fajar Alfian-Rian Ardianto.
Wei Chong-Kai Wun yang juga pilihan ketujuh kejohanan meraih kemenangan dengan keputusan 21-11, 21-19. Kemenangan itu juga menyaksikan mereka meraih hadiah kemenangan bernilai AS$37,525 (RM165,000).
Jumlah hadiah yang dikumpul Wei Chong-Kai Wun setakat dua kejohanan awal tahun 2025 ialah RM254,000.
Kejayaan ini dijangka menyemarakkan lagi semangat mereka terutama menjelang Badminton Asia Mixed Team Championship 2025 (BAMTC) yang bermula pada Februari ini.