Willian Lira Bakal Perkuat Jentera Serangan Selangor?
MakanBola
Kedah Darul Aman FC

Bekas penyerang Kedah Darul Aman FC, Willian Lira dilaporkan berada dalam radar pasukan Selangor FC untuk musim hadapan.

Penyerang berusia 31 tahun itu dikaitkan dengan perpindahan ke Selangor menurut perkongsian daripada T. Avineshwaran.

Willian Lira sebelum ini pernah beraksi di liga Malaysia bersama Kedah pada tahun 2023 lalu dan merekodkan 8 jaringan dalam 14 perlawanan Liga Super.

Jodoh pemain itu bersama Kedah tidak panjang apabila Willian Lira kemudiannya menyertai kelab Thailand, Chonburi FC pada bulan Julai 2023.

Lira menjadi tunjang utama pasukan di bahagian serangan Chonburi apabila merekodkan 30 penampilan liga dan berjaya mencetak 15 gol serta 3 bantuan jaringan.

https://twitter.com/avineshw90/status/1922861325866131822?s=46&t=hF02AMRFqN0utYK8xhYliw

Willian Lira kemudian menyertai Hatta Club yang berpangkalan di UAE dan kontraknya bakal tamat pada akhir musim 2024/2025 ini.

Selangor berpeluang menyambar khidmat Willian Lira sekiranya pemain ini tidak menyambung kontrak bersama Hatta Club.

Kehadiran Willian Lira berpeluang besar menyebabkan Ronnie Fernandez meninggalkan Selangor sekiranya perpindahan itu berjaya dimuktamadkan.

Selangor menamatkan saingan Liga Super di tangga kedua liga dengan meraih 52 mata hasil 16 kemenangan, 4 seri dan 4 kekalahan selain merekodkan 44 jaringan dalam 24 perlawanan liga.