Advertising
Windsor John: Ini Peluang Terakhir Harimau Malaya Layak Ke Piala Asia
MakanBola
FA Malaysia

Setiausaha Agung AFC, Datuk Windsor John menyifatkan pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027 sebagai peluang terakhir Harimau Malaya ke kejohanan itu.

Selepas gagal mara secara merit dalam pusingan kedua kelayakan Piala Dunia 2026, Malaysia kini mengharungi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia.

Ad

Harimau Malaya berada dalam Kumpulan F bersama juara ASEAN Championship 2024, Vietnam, Laos dan Nepal.

Ad

Hanya enam juara kumpulan saja yang layak secara automatik ke Piala Asia 2027. Atas sebab itu, Windsor melihat ini satu peluang yang harus dimanfaatkan anak buah Peter Cklamovski jika ingin layak buat kali kelima.

“Dan selepas beraksi di Piala Asia di Qatar, saya rasa Malaysia terpaksa (layak) walau dengan apa pun. Sebab ini harapan daripada peminat, sebab Malaysia sudah layak pada edisi sebelum ini,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

Ad

“Dan dengan perubahan yang dibawa masuk Pemangku Sultan Johor (DYAM Tunku Mahkota Ismail) dan pengukuhan struktur pada pasukan kebangsaan dan sokongan padu daripada kerajaan Malaysia, saya rasa ini peluang terbaik yang perlu digunakan semua pihak untuk layak ke Piala Asia.”

Ad

Malaysia bakal membuka kempen Kumpulan F menentang Nepal pada 25 Mac ini. Kempen ini bukan saja aksi pertama Cklamovski sebagai pengendali Harimau Malaya.

Ad

Malah, kempen tersebut bakal dijadikan medan untuk memperkenalkan lapan bintang warisan yang bakal memperkuat cabaran Harimau Malaya.