Witan Sulaeman Mahu Rakan-Rakan Terus Bekerja Keras
Dunia
Witansulaiman
Advertisements

Pemain tengah pasukan Indonesia, Witan Sulaeman melaungkan semangat juang yang cukup tinggi sungguhpun impian pasukan Indonesia untuk menjulang kejohanan tersebut buat kali pertama tidak kesampaian.

Pemain muda berbakat ini jelas menjadi watak penting pasukan apabila memperagakan aksi yang cukup cemerlang untuk membawa pasukan sehingga ke pentas akhir pada edisi kali ini.

Sungguhpun begitu, hasrat Indonesia untuk menjulang trofi masih tertangguh setelah dominasi pasukan Thailand tidak berjaya digugat apabila tewas dengan agregat 6-2.

Advertisements

Namun begitu, pemain yang beraksi buat pasukan Lechia Gdansk di Liga Poland ini sedar bahawa pasukan kendalian Shi Tae-Yong masih perlu memperbaiki beberapa aspek untuk terus berusaha menjadi salah satu pasukan terbaik di rantau ini.

Menerusi satu hantaran di laman Instagram rasmi beliau, pemain berusia 20 tahun ini memuat naik satu gambar bagi meraikan kejayaan menjadi naib johan dalam pertandingan ini dengan harapan bahawa rakan-rakan sepasukan juga bakal bekerja dengan lebih keras untuk kejohanan yang akan datang.

’Perjalanan masih panjang, ayuh kerja keras lagi teman-teman.’

Advertisements

Witan menjadi salah seorang pemain yang beraksi dengan konsisten menerajui barisan Indonesia dengan kebolehan beliau untuk beraksi di pelbagai posisi termasuklah pemain sayap selain beraksi dengan cemerlang sebagai pemain tengah menyerang.

Beliau merupakan antara prospek muda terbaik yang dimiliki oleh Indonesia ketika ini dan bakal menjadi antara salah seorang pemain tunjang menjelang beberapa tahun mendatang.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram