‘Wonderkid’ Indonesia, Egy Maulana Vikri Pamer Taring Di Bumi Slovakia
Dunia
Instagram @fk_senica
Advertisements

MakanBola.com, Petaling Jaya, 23 Sept – Peluang yang hadir ternyata tidak dipersiakan oleh pemain muda Indonesia, Egy Maulana Vikri apabila pemain tersebut semakin mendapat rentak beraksi bersama FK Senica di Slovakia.

Egy telah diturunkan 3 kali pada musim ini di mana beliau turun 2 kali dalam saingan Liga Fortuna (Liga Divisyen Utama Slovakia) dan 1 lagi aksi dalam Piala Slovakia.

Semalam adalah aksi terkini Egy untuk saingan pusingan ketiga Piala Slovakia di mana beliau diturunkan dalam kesebelasan utama. Dalam perlawanan tersebut beliau berjaya menghasilkan satu bantuan gol untuk memberikan kemenangan selesa 3-0 FK Senica ke atas pasukan divisyen ke-4 Slovakia, Nafta Gbely.

Advertisements

Egy juga sudah diberikan peluang untuk melakukan debut di Liga Slovakia apabila beliau diturunkan 2 kali selaku pemain gantian dan berjaya menghasilkan 1 bantuan gol ketika perlawanan menentang FK Pohronie. Perlawanan tersebut dimenangi oleh FK Senica dengan keputusan 1-0.

Untuk rekod, pemain yang berusia 21 tahun ini menerima kontrak 6 bulan dari kelab FK Senica dan berpotensi untuk ditambah kepada 1 setengah tahun lagi selepas beliau mencukupkan minit bermain. Sebelum ini beliau dilepaskan oleh pasukan divisyen utama Liga Poland, Lechia Gdansk.

Dengan 3 perlawanan dan 2 bantuan gol, ternyata kecemerlangan Egy Maulana Vikri di bumi Slovakia melegakan peminat-peminat bola sepak Indonesia yang ingin menyaksikan ‘wonderkid’ mereka ini terus beraksi dan mencipta nama di benua eropah.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram