WSL: Man United Jadi Mangsa Belasahan Man City
UltraSukan
UltraSukan
Manchester United Women
Advertisements

Pasukan wanita Man United berkongsi nasib sama dengan pasukan lelaki mereka apabila tewas kepada musuh setempat, Manchester City dalam aksi terbaru WSL semalam.

Selepas mengalahkan West Ham 5-0 pada minggu lepas, The Red Devils mahu meneruskan rentak kemenangan ke atas The Citizens.

Advertisements

Sementara City pula mahu bangkit selepas dikecewakan Brighton 1-0 pada minggu lepas.

United membuat permulaan baik pada babak pertama apabila dianugerahkan sepakan penalti oleh pengadil pada minit ke-21.

Advertisements

Penalti tersebut mudah disempurnakan Katie Zelem bagi meletakkan mereka di hadapan.

Bagaimanapun, The Citizens kembali bangkit dan menyumbat dua gol dalam tempoh dua minit. Dua gol itu disumbang oleh Jill Roord dan Lauren Hemp masing-masing pada minit ke-34 dan 35.

Advertisements

Dua gol tersebut buat penyokong United di Old Trafford terdiam. Keputusan 2-1 kekal sehingga rehat.

Bersambung pada babak kedua, City terus berusaha melebarkan kelebihan tipis mereka. Hasilnya, Khadija Shaw menyumbat gol ketiga pelawat pada minit ke-55.

Pasukan tuan rumah seakan diberi harapan apabila The Citizens dipaksa bermain dengan 10 orang.

Advertisements

Ini selepas pengadil tidak teragak-agak melayangkan kad merah kepada Leia Aleixandri pada minit ke-72.

Kelebihan 11 pemain gagal dimanfaatkan The Red Devils dengan City kental mempertahankan keputusan 3-1 sehingga wisel penamat.

Advertisements

Keputusan ini menyaksikan City memintas United di tangga ketiga WSL dengan 13 mata. Selepas ini, The Red Devils bakal berdepan Bristol City pada 26 November.

Advertisements

Sementara The Citizens pula berdepan tentangan skuad wanita Totthenham Hotspur pada awal pagi 28 November ini.