Xisco Munoz Dedah Strategi Perangkap Chelsea
MakanBola
Johor Southern Tigers

Pengendali Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz mengakui memanfaatkan kelemahan formasi 3-4-3 yang digunakan Chelsea bagi membantu JDT meraih keputusan seri 3-3.

Formasi 3-4-3 kerap digunakan Xabi Alonso sepanjang bergelar jurulatih. Formasi ini juga yang membantu beliau meraih trofi Bundesliga semasa bersama Bayer Leverkusen beberapa musim sebelumnya.

Justeru, tidak hairanlah formasi sama digunakan legenda Liverpool dengan harapan Chelsea meraih keputusan positif di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 9 Ogos lalu.

Meskipun begitu, Munoz mendedahkan barisan kejurulatihan JDT telah mengkaji taktik Alonso sejak minggu lalu. Hal ini membolehkan JDT merangka strategi untuk memerangkap Chelsea di hadapan penyokong setia di SSI.

“Itu antara perkara yang kami usahakan minggu lepas. Ia susulan daripada apa yang mereka lakukan sebelum ini. Semalam, mereka menukar tiga pemain pertahanan.

“Hari ini, kami mempunyai pandangan baharu tentang permainan ini kerana kami akan mengetahui dengan tepat sama ada mereka bermain dengan tiga atau empat pemain pertahanan. Dan selepas itu, apabila mereka memberikan yang ketiga, kami cuba menyesuaikan beberapa situasi.

“Tetapi itu yang kami lakukan, kami mengusahakan banyak perkara. Hari ini, itu semua berkait dengan keadaan. Saya fikir hari ini ia diketahui dalam semua taktik bahawa yang paling penting juga ialah semua pemain dalam menghasilkan kemenangan,” katanya dalam sidang media pascaperlawanan.

Fokus JDT selepas ini ialah aksi Piala Sumbangsih menentang Kuching City FC pada 21 Ogos ini.