Jurulatih Johor Darul Ta’zim (JDT), Xisco Munoz mengakui gembira melihat tiga pemain warisan negara kembali memperkuatkan pasukan itu.
Hecter Hevel, Jon Irazabal dan Joao Figueiredo kembali menyertai sesi latihan JDT. Ini selepas CAS membenarkan mereka dan empat lagi pemain warisan negara kembali beraksi.
Ini susulan permohonan penangguhan sementara penggantungan 12 bulan yang dibuat tujuh pemain tersebut diluluskan sementara rayuan mereka berjalan di CAS.
Munoz mengakui gembira melihat Hevel, Figueiredo dan Irazabal kembali beraksi. Ini kerana kehadiran trio itu akan memberi nilai tambah kepada JDT.
“Satu aspek positif di sini ialah kami gembira dengan keputusan (CAS) untuk mereka. Ini perkara positif kerana mereka pemain penting,” katanya dalam sidang media praperlawanan.
Munoz turut memaklumkan JDT akan meneliti tahap kecergasan Hevel, Figueiredo dan Irazabal terlebih dahulu sebelum aksi menentang Shan United.
Ini kerana ini membolehkan beliau membuat keputusan sama ada menurunkan mereka dalam kesebelasan utama atau disenaraikan sebagai pemain simpanan.
“Hari ini kita kena fikir bilangan minit permainan mereka boleh bermain dan apa yang terbaik untuk pasukan dan mereka.
“Mungkin mereka akan bermain dalam kesebelasan utama atau berada di bangku simpanan sebelum muncul sebagai pemain gantian,” ujarnya.
JDT berharap dapat melebarkan rekod baik dalam Kumpulan B Shopee Cup. Mereka merekodkan dua kemenangan dan satu keputusan seri setakat ini.
JDT akan turun bertemu Shan United di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 29 Januari ini.