Advertisement
Yaman Mahu Batalkan Aksi Persahabatan Bertemu Malaysia
Harimau Malaya
MakanBola
Azri / MakanBola

Mengikut kalendar antarabangsa FIFA, Malaysia sepatutnya bertemu Kepulauan Solomon dan Yaman pada 14 dan 20 Jun ini. Bagaimanapun, berdasarkan maklumat terkini, perlawanan Harimau Malaya-Yaman dijangka tidak akan menjadi kenyataan.

Menurut pemilik akaun Twitter Piang Shankly, Persatuan Bola Sepak Yaman (YFA) sudah menghantar surat memohon pembatalan perlawanan tersebut kepada Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM). Ini sekaligus mengesahkan laporan awal ASEAN Football bahawa perlawanan pada 20 Jun itu dibatalkan.

“Baru dapat berita dari Kelana Jaya. Yemen baru hantar surat kepada FAM untuk batalkan perlawanan persahabatan. Buat hal lah Yemen ni!” keluhnya.

Hal ini dijangka memeningkan kepala pengurusan FAM kerana perlu mencari pengganti pasukan yang mampu beraksi pada tarikh yang dinyatakan. Selain itu, pasukan yang dipilih juga perlu mendapat lampu hijau jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan-gon.

Beberapa pasukan yang ada potensi sebagai pengganti Yaman ialah Papua New Guinea dan Liberia. Kedua-dua pasukan masing-masing menduduki ranking ke-159 dan ke-148 ranking FIFA.

Selain itu, kedua-duanya juga mempunyai kelapangan untuk kalendar antarabangsa FIFA pada Jun. Kapuls tiada masalah berdepan pasukan lain selepas menentang Singapura pada 12 Jun ini.

Sementara The Lone Stars pula mempunyai kekosongan jadual perlawanan antarabangsa sehingga September ini. Tidak kira siapa yang dipilih, Harimau Malaya akan bersedia mendepani lawan yang dikatakan.