Yazan Mahu Ubah Persepsi Pemain Arab Mengenai Liga Malaysia
Dunia
Selangor FC
Advertisements

Tonggak import baharu Selangor FC, Yazan Al-Arab tekad untuk memberikan yang terbaik buat pasukan dan beraksi dengan penuh cemerlang dalam saingan musim ini.

Pemain pertahanan Selangor itu menyatakan kesungguhan dan minatnya untuk ke Selangor setelah menolak beberapa tawaran daripada pasukan timur tengah. Menurut bekas pemain Al-Wehdat FC itu, beliau juga berhasrat untuk mengubah persepsi rakan-rakannya di arab tentang liga Malaysia.

“Saya akan berusaha keras untuk tidak menghampakan penyokong dan cuba beri balik kepada peminat pasukan ini. Pada masa sama, saya juga ingin tukarkan persepsi pemain-pemain di sana (Liga Arab) mengenai liga di Malaysia.”

Advertisements

Pemain yang dikenali dengan gelaran kereta kebal Jordan ini turut mengakui bahawa kehadirannya ke Malaysia secara tidak langsung adalah untuk membantu membangunkan mutu bola sepak negara.

“Melalui pengalaman ini, saya akan cuba membuka pintu untuk mereka dari liga Arab atau Timur Tengah untuk bermain di sini dan berharap ia akan meningkatkan mutu bola sepak di Malaysia,” katanya kepada Bernama melalui penterjemah di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) tempoh hari.

Yazan dalam pada itu turut menjelaskan bahawa tiada masalah untuk beliau menyesuaikan diri di Malaysia atas faktor cuaca dan persekitaran yang tidak asing lagi buat dirinya.

Advertisements

“Untuk saya menyesuaikan diri di sini saya rasa tiada masalah kerana cuaca, persekitaran dan keadaan padang semuanya adalah di standard yang sama dan tidak asing bagi saya,” kata Yazan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram