Yemen & Thailand Jadi Ujian Terbesar Skuad Muda Malaysia Di Piala Asia B-17
Harimau Malaya
FA Malaysia
Advertisements

Penantian skuad bawah 17 tahun (B-17) Malaysia untuk mengetahui lawan mereka di Piala Asia B-17 sudah berakhir. Undian kumpulan kejohanan menyaksikan skuad muda negara ditempatkan dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Thailand, Yemen dan Laos.

Anak-anak buah Osmera Omaro bukan satu-satunya pasukan berdepan laluan sukar di Piala Asia B-17. Vietnam juga berdepan masalah sama apabila berada dalam Kumpulan D bersama Jepun, India dan Uzbekistan.

Thailand yang dibimbing jurulatih Serbia, Milos Velebit sudah pasti mahu layak secara merit ke Piala Dunia B-17 berbekalkan sokongan di tempat sendiri. Sementara Yemen yang dibimbing Mohammed Khatam pula pasti mahu meraih pencapaian lebih baik di peringkat kumpulan.

Advertisements

Dengan sasaran layak ke suku akhir, anak-anak buah Osmera perlu bekerja keras untuk melepasi cabaran di peringkat kumpulan. Pencapaian terbaik skuad B-17 negara ialah layak ke suku akhir Piala Asia B-17 edisi 2014.

Empat pasukan yang berjaya mara ke separuh akhir akan layak secara merit ke Piala Dunia B-17 yang diadakan di Peru pada November ini.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram