Yokohama SCC Dicanang Kelab Baharu Luqman Hakim
Asia
frfuturetalents
Advertisements

Penyerang muda kebangsaan, Luqman Hakim dikhabarkan akan ke Yokohama SCC dan beraksi di Liga Jepun Divisyen 3 musim 2024 dengan status pinjaman.

Pemain berusia 21 tahun itu akan bermain selama satu musim bersama Yokohama SCC setelah dipersetujui kelab asal dari KV Kortirijk.

Luqman yang sebelum ini menyertai kelab Iceland, Njardvik secara pinjaman dalam tempoh enam bulan pada 7 Februari tahun lepas dan beliau dilihat memberi dampak yang berbeza ketika beraksi bersama kelab tersebut.

Advertisements

Dalam kelab tersebut beliau juga menjaringkan beberapa gol dalam saingan di Liga Iceland. Manakala pada aksi persahabatan Luqman berjaya menjaringkan gol ketika menentang Reykjavikur dan Haukar FC.

Luqman juga dikatakan kurang mendapat tempat dalam pasukan lama, beliau membuat keputusan memilih pasukan daripada divisyen 3 itu bagi mendapatkan lebih banyak minit permainan.

Advertisements

Difahamkan ada beberapa pasukan di saingan Liga Super seperti pasukan Selangor, Perak, Kedah dan Negeri Sembilan turut berminat untuk mendapatkan khidmat Luqman kembali ke pentas Liga Malaysia.

Bagaimanapun, berita ini belum diumumkan secara rasmi oleh mana-mana pihak dan beliau masih memiliki baki kontrak bersama kelab di Liga Belgium, KV Kortrjik sehingga Jun 2025.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram