Advertisement
Yokohama SCC Menang, Luqman Hakim Pula Direhatkan
Asia
MakanBola
YSCC

Pasukan J3 League, Yokohama SCC mencipta kemenangan berdepan Kitakyusyu namun Luqman Hakim masih direhatkan.

Perlawanan yang berlangsung di Mikuni World Stadium Kitakyushu menyaksikan kedua-dua pasukan menurunkan kesebelasan terbaik.

12CBA7FC DE46 4BFE BB90 F6A9AD2200A7 Yokohama SCC Menang, Luqman Hakim Pula Direhatkan

Yokohama SCC memberi peluang kepada pemain import Nigeria, Onye Ogochukwu untuk mengetuai jentera serangan pasukan.

Babak pertama menyaksikan kedua-dua pasukan bertukar serangan dengan tuan rumah lebih selesa mengawal rentak permainan.

Jaringan yang diharapkan tidak berkunjung tiba dengan aksi separuh masa tamat tanpa jaringan.

Bersambung babak kedua, Yokohama SCC rancak mengatur gerak untuk mencari gol pembukaan perlawanan.

Hasrat yang ditunggu-tunggu akhirnya tiba menjelang 30 minit berlangsungnya babak kedua apabila pemain berusia 25 tahun iaitu Koji Okumura meledak satu goo cantik.

Keampuhan benteng pertahanan yang diketuai oleh Minoru Haanfusa kekal mengawal permainan hingga tamat wisel permainan.

Kelibat pemain muda Malaysia, Luqman Hakim Shamsudin masih tidak kelihatan setelah pulang daripada kempen Piala Asia B-23.

Tambahan masa 11 minit tidak mengubah keputusan perlawanan yang kekal memihak kepada pasukan pelawat.

Yokohama SCC kini menghuni tangga ke-14 dengan tiga kemenangan dan bakal bertemu Sagamihara pada 6 Mei 2024.