Yunus Alif Mahu Lebih Ramai Jurulatih Muda Di Liga Malaysia
Liga Super
Azri/MakanBola
Advertisements

Jurulatih PDRM FC, Dato’ Yunus Alif mengharapkan lebih ramai jurulatih muda di Malaysia untuk mendapatkan lesen kejurulatihan.

Beliau menggalakkan lebih ramai jurulatih muda yang berbakat khususnya dalam kalangan pemain untuk mengembangkan kerjaya dalam bidang kejurulatihan.

”Bagi saya, inilah peluang mereka selepas karier sebagai pemain bola sepak sudah tamat, jadi hala tuju (mereka) di mana? Kalau mereka berminat bidang kejurulatihan, teruskan kerana banyak peluang-peluang sekarang ini“, katanya yang memegang lesen kejurulatihan Pro A.

Advertisements

Tambah beliau lagi, kini pihak Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) amat menitikberatkan lesen kejurulatihan bagi individu yang mahu memulakan kerjaya sebagai jurulatih.

“Sekarang ini Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memerlukan jurulatih yang mempunyai lesen (sahaja), jadi sekiranya tidak mempunya lesen, tidak boleh (menjadi jurulatih secara profesional)”, tambahnya ketika sidang media selepas perlawanan menentang Selangor.

Jurulatih berusia 65 tahun itu juga berkongsi bahawa pihak FAM juga ada menganjurkan kursus-kursus kejurulatihan dari peringkat akar umbi hingga ke peringkat Pro A dan menggalakkan mereka untuk mencubanya.

Advertisements

Pada aksi terakhir Liga Super 2023 yang berlangsung semalam, anak-anak buah Dato’ Yunus Alif tunduk 1-3 kepada Selangor sekaligus mengakhiri kempen di tangga kelapan dengan kutipan 37 mata daripada 26 perlawanan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram