Yusri Che Lah Tinggalkan FAM-MSN, Terima Tawaran Lain
Dunia
sportflex images
Advertisements

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) hari ini mengumumkan peletakan jawatan ketua jurulatih skuad Projek FAM-MSN, Yusri Che Lah yang telah menerima tawaran lain dalam bidang kejurulatihannya.

Setiausaha Agung FAM Mohd Saifuddin Abu Bakar berkata pihaknya dan Yusri sudah bersetuju bersama untuk menamatkan kontrak tersebut walaupun masih berbaki lagi setahun.

Prestasi pengendali berusia 45 tahun itu kurang memuaskan oleh kerana hanya berjaya membantu pasukan tersebut memenangi satu perlawanan daripada 20 perlawanan. Namun, hakikatnya bukan mudah untuk mengemudi sebuah pasukan yang dibarisi pemain muda untuk beraksi di Liga Premier.

Advertisements

“FAM mengucapkan setinggi-tinggi ucapan terima kasih kepada Yusri atas khidmatnya sepanjang semusim mengendalikan Skuad Projek FAM-MSN bagi saingan Liga Premier 2021 dan mendoakan agar beliau berjaya dengan karier baharunya nanti,” kata Saifuddin.

Mengulas lanjut, pihak FAM akan mencari calon baharu menerusi sesi temuduga dalam waktu terdekat dan akan mengumumkan ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN kelak.

Advertisements

“Bagi mengisi kekosongan jawatan ketua jurulatih Skuad Projek FAM-MSN itu untuk menghadapi saingan Liga Premier 2022, FAM dan MSN akan mengadakan sesi temuduga calon-calon dalam masa terdekat dan akan mengumumkan siapa ketua jurulatih baharu pasukan berkenaan selepas keputusan dibuat,” kata Saifuddin

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram