Zainal Abidin: Bermain Di Liga Malaysia Bukan Mudah
Liga Super
@melakautd_official
Advertisements

Legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan menyifatkan kegagalan sesetengah pemain import menyesuaikan diri di Liga Malaysia (Liga M) membuktikan liga ini bukan calang-calang.

Musim 2023 menyaksikan beberapa pasukan mengucapkan selamat tinggal kepada awang import mereka akibat prestasi kurang memberangsangkan.

Antara awang import yang tidak lagi beraksi di Liga M disebabkan hal ini ialah Christian Obiozor (Perak FC) dan Domagoj Pusic (Terengganu FC).

Advertisements

Lantas, Zainal berpandangan ini memadamkan momokan bahawa Liga M ialah liga mudah dan standard liga ini jauh lebih mencabar daripada apa yang disangka.

“Betul, ramai orang ingat ini tempat bermain bola yang (mudah) (dan) boleh enjoy. Tetapi (sangkaan) itu tersilap kerana bagi saya dalam liga kita ini, standard amat tinggi.

Advertisements

“Standard dia amat tinggi dan penyokong-penyokong kita yang hari-hari ke video, mereka sendiri boleh menilai setiap pemain. Jadi, ini amat penting,” katanya semasa menjadi panel Nindia di Astro Arena semalam.

Dengan tetingkap perpindahan kedua berbaki beberapa hari saja lagi, pasukan-pasukan Liga M dijangka akan meningkatkan usaha menambah kualiti pasukan mereka.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram