Zainal Abidin Sah Tinggalkan Melaka
Dunia
Melaka United Official
Advertisements

Jodoh bekas pemain kebangsaan, Zainal Abidin Hassan bersama Melaka United akhirnya berakhir selepas dimaklumkan dalam laman rasmi Instagram Melaka United sebentar tadi.

Zainal Abidin menyertai Melaka United pada tahun 2018 menggantikan E Elavarasan selepas membimbing pasukan Penang FA selama satu sebelum ini.

Antara pencapaian terbaik Zainal ialah pada musim 2019 apabila berjaya membawa Melaka United menduduki tempat ke-6 dalam saingan Liga Super Malaysia.

Advertisements

Jurulatih berusia 60 tahun dalam pada itu hampir membawa skuad Melaka United melangkah ke separuh akhir Piala Malaysia musim lepas selepas tewas menentang KL City dengan penentuan sepakan penalti.

Zainal Abidin hampir melakar sejarah bersama Melaka dalam Piala Malaysia selepas hampir 38 tahun Melaka tidak pernah jejak ke pentas separuh akhir.

Zainal Abidin merupakan jurulatih yang sangat berpengalaman dalam arena bola sepak Malaysia kerana beliau dalam bidang kejurulatihan sejak tahun 2001 bermula dengan membimbing pasukan Malaysia U-17.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram