Zainal Abidin Teruja Dengan Potensi Sebenar PDRM FC
Liga Super
@melakautd_official
Advertisements

Dengan pusingan kedua Liga Super bakal bermula esok, satu pasukan yang dijangka akan diberi lebih perhatian iaitu PDRM FC. Dan bagi legenda bola sepak negara, Datuk Zainal Abidin Hassan, potensi mereka sebagai pasukan yang mampu mencipta kejutan mengujakan ramai pihak termasuk penyokong.

Pandangan beliau bersandarkan kepada 13 perlawanan yang dilalui sebelum ini. Ini kerana anak-anak buah Azzmi Aziz membuktikan mereka pasukan yang liat untuk ditewaskan dan mampu mencuri kemenangan sekiranya situasi memihak kepada mereka.

Ini dibuktikan menerusi kemenangan terbaru mereka ke atas Selangor FC di Stadium MBPJ beberapa hari lepas.

Advertisements

“Tidak dinafikan, seluruh keluarga bola sepak terkejut dengan kekalahan Selangor (FC) kepada PDRM (FC). Tapi sebagai atlet, jurulatih (dan) pemain, mereka tahu apa akan berlaku jika mereka lalai.

“Kita kena tahu apa PDRM (FC) telah buat. Saya rasa PDRM (FC) adalah bukan satu pasukan yang mudah tetapi mereka telah berusaha dengan begitu baik apabila menewaskan beberapa pasukan (seperti) Kedah dan ini sepatutnya diambil kira.

“Mungkin dengan potensi dan momentum Selangor (FC) yang begitu baik, mungkin hasrat untuk memenangi pasukan itu amat tinggi. Tetapi apa yang telah ditunjukkan oleh PDRM (FC), mereka menambahbaik seperti yang diperkatakan kerjasama (dan) disiplin.

Advertisements

“Mereka cuma dapat satu, dua peluang dan itulah peluang keemasan yang diambil untuk memenangi perlawanan dengan Selangor (FC). Ini ialah amaran kepada pasukan-pasukan lain di pusingan kedua,” katanya bila menjawab soalan pembaca berita Nadi Arena, Dayang Zainatul dalam segmen Analisis semalam.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram