Zakir Naik Islamkan 4 Pemuda Di Piala Dunia Qatar

Zakir Naik Zakir Naik Islamkan 4 Pemuda Di Piala Dunia Qatar
Foto: Dr. zakir naik
Dapatkan kemas kini lebih pantas di Telegram MakanBola.

Pendakwah terkenal, Dr. Zakir Naik berjaya mengislamkan empat orang pemuda dalam satu sesi syarahan ketika upacara perasmian kejohanan Piala Dunia Qatar 2022.

Zakir Naik hadir ke Qatar atas jemputan penganjur untuk berucap menyampaikan syarahan agama sepanjang kejohanan. Ceramah pertamanya di Qatar hari ini berjaya membuka hati empat orang pemuda dan dengan izin Allah, mereka telah mengucap kalimah syahadah. 

Pencerahan yang disampaikan pendakwah berusia 57 tahun itu turut menarik minat ramai pengunjung untuk hadir. Kemantapan ilmu, ketokohan serta aura yang dimiliki Zakir Naik sedikit sebanyak menjadikan edisi kejohanan kali ini sebagai medan menyampaikan ilmu dan menyebarkan Islam. 

Difahamkan, Zakir Naik akan menyampaikan syarahannya sepanjang kejohanan Piala Dunia Qatar berlangsung.

Untuk makluman, aksi pembukaan Piala Dunia Qatar 2022 akan bermula hari ini jam 12 pagi yang menyaksikan pertumbungan antara pasukan tuan rumah, Qatar berdepan Ecuador untuk memburu kemenangan pertama dalam saingan kumpulan A.