Advertisements
Zamsaham: Ada Tak Individu Lain Selain Dato’ Seri Vida?
Liga Super
MakanBola
Zamsaham / IG Datoserivida

Desas-desus pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan gelaran Zamsaham untuk menjual kelabnya itu masih menjadi tanda tanya dengan jutawan kosmetik terkenal, Dato’ Seri Vida (DSV) dikatakan berminat untuk membeli.

Namun begitu, sehingga kini masih tiada lagi tawaran rasmi yang dikemukakan oleh DSV. Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Zamsaham melalui satu muat naik terbaharu di laman Facebook rasmi beliau.

“Ada tak pilihan lain untuk menerajui team Kelantan selain Dato Vida? Untuk pengetahuan semua, setakat hari ni belum ada penawaran rasmi lagi dari beliau,” jelas Zamsaham di Facebook.

Baru-baru ini, DSV ada menyuarakan hasrat untuk mengambil alih Kelantan FC namun usahawan dari Kelantan itu tidak mahu menanggung tunggakan gaji yang banyak. DSV membuat kenyataan tersebut selepas kasihan melihat situasi di Kelantan FC.

Jika DSV berjaya mengambil alih, ini merupakan kali kedua beliau terlibat dengan Kelantan FC. Untuk rekod, pada tahun 2016, DSV telah pun menjadi penaja utama Kelantan dengan nilai tajaan melebihi RM16 juta.

Selain menjadi penaja utama Kelantan pada waktu itu, beliau juga dilantik menjadi Penasihat Kehormat pasukan Kelantan. Stadium Sultan Muhammad IV yang digunakan Kelantan juga telah diberi nafas baru dengan dicat berwarna merah jambu.