Advertisements
Zamsaham Akui Dah Penat Asyik Dengar Cakap Orang
Liga Super
MakanBola
TRW Kelantan FC

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan gelaran Zamsaham baru-baru ini ada memuat naik satu status di laman Facebook beliau. Status tersebut merupakan kenyataan balas atau jawapan kepada salah seorang pengikutnya yang bertanyakan soalan.

“Kenapa tak biar profesional yang buat?” tanya salah seorang pengikut Zamsaham.

Soalan tersebut dipercayai ditanya bagi mendapat pencerahan mengenai keputusan membawa masuk pemain-pemain baharu ke dalam skuad Kelantan FC. Zamsaham nyata ada jawapan beliau yang tersendiri.

“Yang lepas, semua pemain bukan saya pilih. Saya percaya 100% atas semua pilihan yang di cadangkan. Kalah menang saya yang hadap. Agak ada masalah, semua angkat kaki.

“Kali ini biar saya yang pilih sendiri. Coach Alferado, head coach tu pun saya pilih sendiri bukan orang cadangkan. Penat dah asyik dengar cakap orang. Kali ini saya decide. Biarkan. Anda lihat hasilnya. Baik dan buruk,” coret Zamsaham dalam status Facebook beliau yang terkini.

Musim ini bukanlah musim yang baik buat Kelantan FC apabila mereka kini menghuni tangga tercorot Liga Super. Lebih malang lagi, untuk musim ini sahaja, sudah tiga kali jurulatih bertukar tangan dan kesemuanya jurulatih asing.

Kelantan akan bertemu pendahulu Liga Super, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada esok. Di atas kertas, sememangnya kelebihan berpihak kepada JDT dengan Kelantan mustahil untuk dapat mengutip sebarang mata. Namun bola itu bulat dan apa saja boleh berlaku.