Pemilik kelab Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali sebagai Zamsaham memberi bayangan awal mengenai bakal pelabur baru Kelantan.
Beliau ditemui ketika sesi penjelasan berkenaan pelaburan pendanaan awam itu memberitahu kriteria individu yang bakal melabur dengan The Red Warriors.
Teka-teki itu masih beluk terjawab tatkala pasukannya kini memerlukan suntikan baru sungguhpun pelbagai masalah telah diselesaikan dengan baik olehnya.
Menerusi penjelasan beliau, Zamsaham memberi gambaran bahawa pelabur baharu tersebut merupakan individu yang terlibat dalam kancah bola sepak.
“Saya tak mahu mendedahkan pelabur baharu Kelantan FC pada hari ini.”
“Apa yang saya boleh beritahu beliau merupakan orang bola,” jelasnya dalam satu sesi sidang media di Hotel Zamburger Kuala Lumpur.
Berdasarkan gambaran ini, ia berkemungkinan bukanlah terdiri daripada dua entiti pernigaan yang giat menunjukkan minat untuk membeli Kelantan iaitu Dato’ Seri Vida dan juga Erfan Gym & Fitness.
Zamsaham bagaimanapun tekad untuk kekal menerajui Kelantan FC dan melakukan yang terbaik buat penyokong setia pasukan.
Beliau juga berharapnagar sokongan terus diberikan bagi memastikan Kelantan dapat kembali ke landasan yang sebaiknya.