Zamsaham: Di Bawah Pengurusan Baru, Semua Gaji ‘Clear’, EPF & SOCSO Juga Selesai
Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pasukan Kelantan FC yang kini di bawah naungan Norizam Bin Tukiman boleh berbangga dengan pencapaian kelab tanpa sebarang masalah berkaitan gaji, EPF dan SOCSO.

Jika sebelum ini pasukan yang digelar The Red Warriors ini kerap dilanda masalah gaji, kini semuanya sudah selesai dan pemain ‘era baru’ Kelantan juga berjaya mempamerkan aksi luar biasa sepanjang kempen Liga-M 2021.

“Syukur Alhamdulillah, semua gaji pemain bola TRW Kelantan FC musim 2021 dibayar mengikut jadual.”

Advertisements

Penstrukturan semula gaji yang diperkenalkan Norizam atau lebih dikenali sebagai Zamsaham sedikit sebanyak membantu Kelantan FC bergerak sepenuhnya sebagai entiti swasta tanpa masalah berbangkit.

“.. tiada lagi dengar sangkut, itu semua hutang lama Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA).”

“Di bawah pengurusan baru, semua gaji selesai, EPF dan SOCSO juga selesai.” Jelas Norizam Tukiman di Facebook.

Advertisements

Keberanian dan kebijaksanaan Zamsaham merangka strategi perniagaan buat TRW mula membuahkan hasil dengan wujudnya rangkaian hotel TRW dan beberapa cabang perniagaan baru dan turut menerima pujian penyokong Kelantan.

“Tahniah Boss Zam.. inilah yang sepatutnya dilakukan oleh setiap pengurusan. Harap selepas ni pengurusan team lain dapat mencontohi inisiatif yang dilakukan oleh BOSS ZAM & seterusnya takda lagi kedegaran membabitkan isu gaji..”

“Bila PFAM & TMJ bersuara mulalah penyokong yang UNEDUCATED menyalahkan TMJ padahal TMJ bersuara demi kebajikan pemain!!” Jelas Jay Muzaffar di ruangan komen page Zamsaham.

Advertisements

Kelantan mengakhiri saingan Liga Premier 2021 di kedudukan ke-6 liga, satu pencapaian yang membanggakan jika diambil kira faktor pemain muda yang kerap digunakan oleh Ketua jurulatih, Rezal Zambery Yahya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram