Zamsaham: Hari Ini Saya Bual, Hujungnya Saya Buat
Liga Super
Facebook Zamsaham
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan gelaran Zamsaham menepis dakwaan yang mengatakan beliau hanyalah seorang ‘kaki sembang’ seperti tidak melaksanakan apa yang telah dijanjikan.

Zamsaham memberikan penjelasan mengenai dakwaan yang tidak berasas itu. Pada pendapat beliau, segala yang dijanjikan pasti akan beliau dilaksanakan walaupun ianya akan mengambil tempoh masa yang agak panjang.

“4 tahun dulu pun ada panggil saya bual. Tahun 2020,ketika Bapa Wan Kuzain dan Wan Kuzri tidak jadi beli Kelantan FC. Saya di katakan hanya sembang dan bual sahaja. 3 September 2020, saya beli dan buat team dari zero.

Advertisements

“Hari ini, saya bukan terdesak nak Jual Kelantan FC. Kelab tiada hutang, saya dah selesaikan semua. Saya hanya jual kepada yang betul-betul bersungguh termasuk mampu untuk tunjukkan ‘proof of fund’ sebelum saya terus kan deal.

“4 tahun dulu saya sembang, hujungnya saya buat. Hari ni saya bual, inshaAllah hujungnya saya akan buat,” coret Zamsaham di laman Facebook beliau.

Advertisements

Zamsaham menepis dakwaan seorang pengguna Facebook yang menganggap dirinya hanya pandai ‘sembang’ tetapi tidak melunaskan kata-katanya. Zamsaham tidak cepat melatah, selain menepis dakwaan itu, usahawan dari Johor itu juga mahu menaja minuman buat pengguna Facebook tersebut.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram