Advertisements
Zamsaham: Kita Tidak Akan Mengaku Kalah
Liga Super
MakanBola
TRW Kelantan FC

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih mesra disapa Zamsaham tampil memberi kenyataan berhubung status terkini pasukan Kelantan.

Ketika ditemu bual Harian Metro, usahawan ini akur dengan keputusan yang telah dibuat Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL baru-baru ini.

Beliau menjelaskan pasukan The Red Warrior akan meneruskan aksi di saingan Liga M3 musim ini namun meletakkan keazaman untuk membuat kemunculan semula dalam kancah Liga Super pada masa akan datang.

“Kita tidak akan mengaku kalah atau Kelantan FC tidak akan berkubur apabila meneruskan saingan di Liga M3 untuk musim ini.”

“Kelantan FC terpaksa menerima hakikat rayuan ditolak dan akan bermula dari bawah. Saya akan minta pengurus menghubungi AFL untuk memohon beraksi di Liga M3,” ujar Zamsaham kepada Harian Metro.

Kini pasukan Kelantan akan membuat permohonan kepada Liga Amatur Malaysia (AFL) untuk pasukan itu beraksi di Liga M3 musim 2024/2025.

Pada minggu lalu, Jawatankuasa Rayuan Pelesenan Kelab MFL telah menolak rayuan kelab Liga Super Kelantan FC untuk memohon Lesen Kebangsaan bagi musim 2024-2025.

Hal ini sekali gus menyaksikan pasukan Kelantan tidak layak untuk beraksi dalam saingan Liga Super musim 2024-2025.