Dunia
TRW Kelantan FC
Advertisements

Tindakan Kelantan FC melepaskan tiga pemain import mereka musim lalu iaitu Kenta Hara, Nixon Guylherme dan Felipe Hereda menimbulkan tanda tanya dikalangan penyokong ‘The Red Warriors’. Namun segala yang berlaku sudah tentu mempunyai sebab yang tersendiri.

Pemilik Kelantan, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan gelaran Zamsaham, menyifatkan ketiga-tiga pemain import itu merupakan pemain yang bagus dan sudah memberikan segalanya yang mereka mampu dalam membantu Kelantan musim lalu.

Namun beberapa isu seperti masalah kecederaan membuatkan khidmat mereka tidak disambung bagi musim 2023 ini.

Advertisements

“Ketiga-tiga pemain semua bagus. Satu sebab adalah injury prone (kecederaan) dan sebab tertentu yang menyebabkan tak sambung kontrak. Pemain datang dan pergi. Kita simpan dan nikmati memori indah,” jelas Zamsaham di laman Facebook beliau.

Selain tiga pemain import yang dielepaskan, Zamsaham juga memberi penerangan dengan lebih terperinci mengenai dua lagi pemain import musim lalu iaitu Kervens Belfort dan Natanael Siringoringo. Belfort dikatakan masih cedera manakala Ringgo sedang dalam proses pinjaman dan sedang beraksi di saingan Liga 1 Indonesia bersama Dewa United.

“Belfort masih bersama. Tetapi dia injured (cedera) kita kena lihat dahulu bagaimana kesembuhan dia. Ringgo sedang bermain (loan) di Liga 1 Indonesia,” kongsi Zamsaham lagi.

Advertisements
Zamsaham belfort 'Kaki Kaca' Punca Zamsaham Lepaskan Tiga Import Kelantan
Status Belfort dan Ringgo.

Untuk musim baharu 2023, Kelantan mengesahkan penyerang Gambia, Nuha Marong bakal menjadi penggempur utama pasukan manakala akan ada tambahan empat lagi pemain import yang masih lagi dalam proses penilaian jurulatih pasukan, Choi Moon-sik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram