Zamsaham: Korea Dulu Belakang Malaysia, Sekarang Dah Main Piala Dunia
Dunia
NSTP
Advertisements

Pasukan kebangsaan Korea Selatan yang dahulunya sebuah pasukan yang biasa-biasa sahaja namun kini adalah sebuah pasukan yang paling digeruni di Asia jelas pemilik Kelantan dalam satu posting di facebook miliknya hari ini.

Zamsaham dalam pada itu menyatakan bahawa Malaysia masih di takuk lama, masih lagi tercari-cari identiti apa yang mahu dilakukan. Negara seperti Thailand, Indonesia, Vietnam sudahpun mengorak langkah ke hadapan.

“Dahulu, Korea, Thailand, Indonesia, Vietnam senang sahaja kita nak menang bila berlawan bola. Tetapi hari Ini Korea Selatan dah main World Cup. Kita masih lagi mencari resepi dan idea.

Advertisements

Tambah Zamsaham, beliau menyatakan bahawa dahulu Vietnam mencari pekerjaan di Malaysia namun kini Vietnam sebuah negara yang maju seiring dengan sukan bola sepaknya.

“So, jgn ingat Bangla adalah sebuah negera yg miskin, papa kedana kerana jika mentaliti berubah tak mustahil Bangla juga tak mahu datang Malaysia sebagaimana Vietnam yg hari ini dah takda mencari makan di Malaysia kerana ekonominya juga maju kedepan seiring bola sepaknya.

Mengulas lanjut, pemilik kelantan itu menegaskan bahawa pentingnya mentaliti setiap orang untuk membentuk sebuah negara yang maju. Beri fokus untuk diri sendiri untuk menjadi seorang yang lebih baik dimasa hadapan tanpa menjatuhkan orang lain.

Advertisements

“Kita fokus, kita nilai perbaiki diri jangan kutuk orang, kerana yg dikutuk itu mungkin lebih baik dari kita,” kata Zamsaham di laman Facebook miliknya.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram