Zamsaham Nak Hadiahkan Tanah Kepada Penyokong Kelantan
Inspirasi
Zamsaham
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman atau lebih dikenali dengan panggilan Zamsaham hari ini telah berkongsi niat murninya untuk menghadiahkan sebidang tanah kepada penyokong setia Kelantan yang bertuah.

Zamsaham telah memuatnaik status di laman Facebook beliau mengenai hasrat murninya itu. Namun begitu, syarat utama untuk mendpatakan tanah itu adalah individu tersebut masih belum mempunyai tanah di Kelantan.

“Saya ada lagi sebidang tanah bunglow Cherang Ruku yg saya nak hadiahkan pada mana-mana fans TRW Kelantan FC yg tiada tanah. Tuliskan sebab dan kenapa mahu mohon, inshaAllah mana yang layak akan ditemuduga..

Advertisements

“Lokasi tanah tidak jauh dari tapak tanah yg saya hadiahkan kepada beberapa pemain dan jurulatih sebelum ini. Termasuk 2 lot banglo untuk Hidayah Centre. Fans setia TRW boleh mohon. Asalkan masih tiada tanah di Kelantan,” coret Zamsaham di laman Facebook rasmi beliau.

Dalam masa yang sama, Zamsaham mahu peminat setia Kelantan FC segera memohon dan proses akan disegerakan kepada individu yang layak.

“Segera mohon, inshaAllah disegerakan pada yang layak. Moga jadi asbab kesembuhan penyakit ayah (bapa Zamsaham),” luahnya lagi.

Advertisements

Untuk rekod, pada tahun lalu, Zamsaham telah menghadiahkan tanah kepada beberapa staf dan pemain. Manakala pada Mac lalu, Zamsaham juga telah memberikan sumbangan dua lot tanah peribadinya kepada Hidayah Centre Foundation.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram