Zamsaham: Nak Pakai Jurulatih Import Ke Lokal ?
Dunia
MakanBola
TRW Kelantan
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman telah pun bertanya kepada para penyokong pasukan berkenaan jurulatih yang bakal mengemudi pasukan musim hadapan.

The Red Warriors kini berjaya melangkah ke Liga Super 2023 selepas bergelar naib juara Liga Premier di belakang JDT.

Advertisements

Kelab juga telah pun membuat keputusan untuk memberikan peranan baharu kepada ketua jurulatih, Rezal Zambery Yahya selepas beliau tidak memiliki lesen untuk mengemudi pasukan di Liga Super.

Oleh yang demikian, individu yang mesra disapa Zamsaham ini kini dalam usaha mencari individu yang sesuai untuk memacu cabaran pasukan untuk bersaing pada musim hadapan.

Advertisements

 Beliau telah pun melakukan satu hantaran di laman Facebooknya untuk meninjau pandangan peminat setia pasukan dari Pantai Timur itu untuk melantik jurulatih tempatan atau pun import.

“Nak pakai jurulatih mana? Import ke lokal?”

Advertisements

Kelantan berjaya mara ke pentas suku akhir Piala Malaysia sebelum ditewaskan oleh JDT dengan agregat 8-0.

News Comments Account