Zamsaham Sambut Baik Idea Penukaran Rumput Zeon Zoysia
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Susulan cadangan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) untuk menaiktaraf rumput stadium negeri yang terpilih kepada Zeon Zoysia secara percuma, semakin ramai yang berharap ia dapat dilaksanakan. Salah seorang yang menyokong cadangan ini ialah Norizam Tukiman atau Zamsaham, pemilik pasukan Kelantan.

Bagi Zamsaham, ini menunjukkan Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh amat prihatin dengan perkembangan sukan terutama bola sepak di Malaysia. Dengan penukaran rumput sedia ada kepada Zeon Zoysia di Stadium Sultan Muhammad IV (SSMIV), ia bakal membantu perkembangan bola sepak negeri Kelantan.

Malah sebagai tanda sokongan, pemilik The Red Warriors itu turut menghantar surat sokongan kepada KBS bagi membolehkan Kelantan mendapat penaiktarafan rumput tersebut untuk SSMIV.

Advertisements

“Terima kasih YB Menteri KBS Hannah Yeoh yang prihatin akan keperluan bola sepak Malaysia. Saya secara peribadi dah hantar surat kepada beliau demi #TRW,” tulisnya di Facebook.

Sekiranya ini berjaya direalisasikan, ini akan turut menutup mulut sesetengah pihak yang mengkritik permukaan padang SSMIV yang dianggap tidak sesuai untuk permainan bola sepak.

Ini termasuklah ketua jurulatih Perak, Datuk Lim Teong Kim yang berang dengan permukaan padang stadium berkenaan selepas pasukannya diikat Kelantan United pada 4 Mac lalu.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram