Zamsaham Tawar Diskaun Kepada Norshamil
Liga Super
TRW Kelantan FC
Advertisements

Pemilik Kelantan FC, Norizam Tukiman sedia untuk berunding dengan penyerang The Red Warrior, Norshamil Ghani berhubung hasrat beliau untuk berhijrah ke pasukan lain.

Difahamkan, sebelum ini terdapat dua kelab Liga Super yang inginkan khidmat penyerang berusia 25 tahun itu. Bagaimanapun ada amaun yang perlu dilunaskan Norshamil sebelum beliau mengangkat kaki keluar meninggalkan Kelantan FC.

“Jadi dia (Shamil) nak minta keluar secara percuma. Maksudnya dia nak keluar dari TRW tanpa membayar apa-apa. Jadi kita ada kontrak, jika lihat pada kontrak sepatutnya Shamil kena bayar kita sebanyak RM108,000.”

Advertisements

“Jadi saya kata, tak perlulah bayar sehingga RM108,000 itu, hanya bayar RM50,000 dan amaun tersebut pun boleh diperbincangkan lagi. Oleh itu saya minta dia berbincang, jikalau dia rasa amaun itu berat, kita mungkin boleh tolak gaji terakhir dia bersama Kelantan.”

“Kita tak perlu bayar gaji dia dan dia boleh tamatkan kontrak bersama Kelantan,” ujar Zamsaham ketika ditemu bual Astro Arena.

Advertisements

Penjaring terbanyak Liga Premier 2021 ini pada minggu lalu sempat membangkitkan berkenaan bayaran sebanyak RM50,000 yang dipinta pasukan dan perkara itu telahpun dibawa ke Persatuan Pemain Bola Sepak Profesional Malaysia (PFAM).

Kelantan yang sedang bergelut dengan krisis kewangan ketika ini harus menerima hakikat dengan beberapa pemain import membuat keputusan untuk meninggalkan pasukan. Antaranya ialah kapten pasukan, Mario Arques, Nuha Marong dan Ismaheel Akinade.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram