Zaquan Adha Akui Terkilan Tak Dapat Teruskan Saingan, Minta Doakan Kesembuhan Pasukan
Dunia
NSFC Official
Advertisements

Dalam satu temu bual bersama Astro Arena, kapten pasukan Negeri Sembilan FC telah tampil untuk mengulas berkaitan situasi semasa yang sedang dihadapi pasukan NSFC. Menurut Zaquan, beliau akui terkilan namun memahami keadaan yang sedang menimpa pasukan ketika ini.

“Sebenarnya pertama sekali memang kita tahu Piala Malaysia ini suatu piala yang berprestij di Malaysia ini. Saya rasa agak sedikit terkilan sebab tak dapat teruskan saingan. Tapi apa yang lebih penting saya rasa dalam situasi sekarang adalah lebih kepada keadaan pasukan.”

Tambah penyerang pasukan Jang ini, adalah satu kesukaran untuk pasukan kembali tampil meneruskan baki saingan disebabkan kekangan waktu untuk membuat persediaan.

Advertisements

“Kalau nak ikutkan kuarantin kami sehingga 27 Oktober dan perlawanan bertemu Kedah pada 29 Oktober jadi masa itu memang tak sempat untuk kita kembali. Kita nak mula dengan intensiti yang tinggi maka ia akan memudaratkan pemain dan tidak bagus untuk pemain.”

Sementara itu, Zaquan Adha Abdul Radzak turut meminta jasa baik rakyat Malaysia untuk terus mendoakan kesembuhan buat semua yang terlibat. Ada dalam kalangan keluarga pemain yang turut sama dijangkiti wabak ini.

Advertisements

“Pihak pengurusan lebih arif untuk membuat keputusan menarik diri demi kebaikan pemain dan pasukan. Lebih dukacitanya ada isteri dan anak-anak pemain NSFC yang turut positif. Ada seorang itu, isterinya mengandung juga positif. Jadi saya minta kita sama-sama doakan kesembuhan dan kesejahteraan pasukan”

Pasukan Negeri Sembilan FC turut memohon maaf kepada para penyokong dan bertekad untuk kembali bangkit bagi saingan musim depan.

Advertisements

“Saya faham ramai yang nak datang stadium tapi saya sebagai wakil pemain ingin memohon maaf kepada para penyokong. Ini bukan kehendak kita sebagai pemain dan mungkin bukan rezeki kita. Ada hikmah dan kita akan kembali dalam saingan tahun hadapan,” ujar Zaquan.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram