Advertisement
Zaquan Adha Faham Apa Natxo Insa Rasa
ACL
MakanBola
NSFC/JST

Bekas pemain kebangsaan, Zaquan Adha memahami perasaan yang dihadapi oleh kapten pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT).

Skuad kendalian Hector Bidoglio menelan hakikat perit apabila tewas tipis bagi aksi kelika AFC Champions League Elite (ACLE) menentang Shandong Taishan.

Bekas pemain JDT, Safee Sali memberitahu bahawa pemain perlu bertindak lebih tenang tatkala berdepan dengan pengadil yang mudah memberikan layangan kad dalam sesuatu perlawanan.

“Kalau kita lihat dari perspektif keseluruhan, sememangnya banyak layangan kad berlaku. Dalam mana-mana perlawanan, memang ada pengadil yang sebegini dan penting untuk para pemain mengawal emosi.

Pengadil perlawanan, Alireza Faghani dari Australia telah melayangkan 11 kad kuning pada perlawanan tersebut yang mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pemain.

Zaquan memahami situasi yang dirasakan oleh Natxo sambil yakin bahawa JDT amat layak untuk memenangi aksi tersebut.

“Sememangnya (JDT mahu menang). Kekecewaan yang dilontarkan oleh Natxo Insa itu kita boleh lihat bahawa di atas kertas, JDT adalah pasukan yang lebih baik dan boleh menjaringkan gol pada separuh masa pertama.

“Kekurangannya di sini adalah JDT tidak berjaya memanfaatkan setiap peluang yang diperoleh di hadapan gol,” katanya kepada Astro Arena.

Natxo Insa sebelum ini menzahirkan rasa kurang senang terhadap situasi yang dihadapi oleh JDT di gelanggang lawan.

“Menarik untuk siapa? Adakah (aksi) menarik itu untuk penyokong, pengadil atau kita, untuk siapa?  Ya, macam saya katakan, jawapannya tetap sama. 

“Mereka (Shandong Taishan) beraksi dengan 14 pemain. Jika anda perasan tentang pengadil, daripada 10 pemain, tiga atau empat orang pemain dilayangkan kad kuning (pada 30 minit awal permainan). Itu bukan sesuatu yang normal tetapi perlawanan sudah berakhir,” katanya.

Harimau Selatan akan mengarungi aksi kedua pusingan 16 pasukan terbaik Piala Malaysia menentang KL Rovers FC pada 30 November.