Zaquan Adha: Kekuatan Mental Bakal Jadi Penentu Bertemu Vietnam
Dunia
sportflex images
Advertisements

Tonggak utama pasukan Negeri Sembilan, Zaquan Adha optimis skuad Harimau Malaya mampu mencipta kemenangan menentang pasukan Vietnam esok.

Dalam pada itu, bekas kapten skuad kebanggsaan menyatakan bahawa perlawanan esok adalah lebih kepada permainan mental. Beliau akui bahawa barisan pemain Vietnam akan cuba menggangu mental barisan pemain kebanggsaan sepanjang permainan berlangsung.

Mengulas lanjut, pemain berusia 34 tahun itu menasihatkan para pemain agar menghiraukan sebarang provokasi jika ianya berlaku. Sebaliknya terus menumpukan sepenuh perhatian pada perlawanan dalam padang.

Advertisements

“Tiada apa yang mustahil untuk pasukan Malaysia melakar kemenangan. Apa yang penting, mereka perlu melakukan tugas dengan baik,”

“Bertemu Vietnam, ia lebih kepada permainan mental, jadi kita perlu mengawal mental kita di dalam padang,”

Advertisements

“Saya tahu Vietnam akan mengganggu emosi pemain kita tetapi apa yang penting, pemain kita perlu fokus daripada awal sehingga ke akhir permainan.”Jangan beri mereka peluang untuk mengganggu mental kita,” kata Zaquan kepada Nadi Arena.

Skuad kendalian Tan Cheng Hoe akan bertemu pasukan Vietnam bagi perlawanan ketiga peringkat kumpulan B yang dijadualkan esok pada pukul 8:30 malam.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram