Zaquan Adha Tak Mahu Bersara Lagi
Liga Super
Negeri Sembilan FC
Advertisements

Semua sedia maklum Zaquan Adha Abdul Radzak terpaksa berehat selama enam bulan selepas mengalami kecederaan ligamen anterior krusiat (ACL). Walaupun mengalami kecederaan itu buat kali kelima dalam kariernya, ini bukan bermakna penyerang Negeri Sembilan FC itu mahu bersara.

Sebaliknya, Zaquan yang pernah beraksi untuk Johor Darul Ta’zim (JDT) FC itu mahu fokus kepada pemulihan kecederaan dan seterusnya, kembali beraksi di atas padang.

Beliau juga sudah lali dengan cakap-cakap orang yang menyifatkan kecederaan tersebut boleh membunuh kariernya sebagai pemain bola sepak. Bagi Zaquan, beliau tidak akan mampu mendepani kecederaan tersebut tanpa sokongan keluarga tercinta.

Advertisements

“Memang masa itu saya tak boleh gambarkan emosi saya ketika itu. Sebab ketika itu, orang ingat takde apa-apa. Even kawan saya pun cakap saya berlaga biasa saja.

“Tapi masa itu, saya seorang yang tahu dengan kecederaan macam itu, saya terus cakap dalam kepala ini ACL. Saya tengok orang yang sampai wife dan mak saya yang boleh datang, so saya rasa benda itu kekuatan saya.

“Jadi, saya berterima kasih sangat, Alhamdulillah sangat, saya masih lagi ada diorang,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam untuk Nadi Weekend.

Advertisements

Zaquan turut mengakui walaupun pernah ditimpa kecederaan ACL sebanyak empat kali, beliau tidak pernah terfikir untuk bersara. Ini kerana terdapat banyak peranan yang masih boleh dilakukannya walaupun sedang berehat akibat kecederaan.

“Saya tak terfikir untuk bersara tau. Sebab saya fikir dalam bola sepak ini, ada banyak benda boleh dilakukan. Apa yang saya boleh buat buat, saya boleh buat.

“Sama ada bermain itu atau coaching dalam industri yang sama. Still, saya boleh berbakti dalam bola sepak. Saya tak rasa saya akan gantung but, itu saya.

Advertisements

Even dulu kecederaan ACL pun, orang cakap pergi gantung butlah dan semualah, semua ini saya sudah terima sebelum ini. Orang dah cakap sebelum ini tapi dalam list saya bahawa saya akan gantung but saya bila saya pergi atau tak.

“Kalau sampai satu masa, (saya cakap) ‘Aku rasa aku tak boleh pergi.’, saya takkan cakap dengan orang, ‘Aku akan berhenti sekian sekian.’ Tak tapi selagi semangat saya mampu pergi, saya akan pergilah.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram