Zhafri Yahya Jadi Senjata Rahsia Dalam Misi Tebus Maruah KL City
Dunia
Team Malaysia
Advertisements

Pemain tengah pasukan KL City FC, Zhafri Yahya dijangka memainkan pranan yang cukup penting pada perlawanan esok hari ketika pasukannya bakal melayan kunjungan Johor Darul Ta’zim di Cheras.

Beliau kini menjadi tunjang utama The City Boys sejak musim lalu apabila sering memperagakan persembahan yang cukup konsisten setiap kali diturunkan.

Bukan itu sahaja, kemampuannya untuk beraksi di pelbagai posisi termasuklah sebagai pemain sayap seperti peranan yang dimainkan dalam pentas akhir Piala Malaysia tahun lalu.

Advertisements

Zhafri menjadi watak penting pasukan apabila mencatat nama selaku penjaring yang menyaksikan pasukan kendalian Bojan Hodak berjaya menjulang trofi yang berprestij itu.

Konsistensi dan kerja kerasnya di atas padang telah pun mendapat perhatian ketua jurulatih baharu Harimau Malaya, Kim Pan-gon yang menagih khidmatnya bersama Harimau Malaya.

Pemain berusia 27 tahun itu mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh penyerang PJ City, Darren Lok yang disahkan positif COVID-19.

Advertisements

Ketajaman penyudah pemain kelahiran Selangor ini semakin jelas terbukti apabila sudah pun mencetak 3 gol dalam 4 perlawanan awal musim ini.

Malah, gandingannya bersama kapten pasukan, Paulo Josue dan juga para pemain lain telah membantu untuk menjelmakan kejayaan buat pasukan.

Kini, KL City sudah pasti mahu memungut 3 mata di halaman sendiri selepas tewas sekali dan seri sekali bertemu pasukan kendalian Benjamin Mora dalam saingan Liga Super musim lalu.

Advertisements

Ini juga menjadi medan terbaik untuk menebus kedukaan pasukan setelah tewas 3-0 pada perlawanan Piala Sumbangsih sebelum ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram