10 Pemain Baru Sertai Perak
Liga Super
Perak FC
Advertisements

Perak terus rancak membawa masuk pemain-pemain baharu menjelang saingan Liga Super 2024/2025 yang akan berlangsung pada Mei hadapan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Perak FC, Bobbie Farid, pasukannya akan diperkuat seramai sepuluh pemain baharu termasuklah pemain import dan kini baru empat yang telah diumumkan.

“Pemain kita dah lengkap, kita ada 10 pemain baharu, yang kita sudah umumkan baru Ramadhan (Hamid), Azfar (Fikri), Tommy Mawat dan ada pemain lain yang kita akan umumkan selepas ujian perubatan,” katanya yang ditemui semasa majlis pelancaran jersi baharu musim 2024.

Advertisements

”Termasuk import, (pemain) import ada lagi tiga orang,” tambah beliau lagi.

Perak sebelum ini mengumumkan ketibaan pemain muda Terengganu FC, Azfar Fikri dan penjaga gol, Ramadhan Hamid yang beraksi cemerlang bersama PDRM musim lalu selain Tommy Mawat Bada dari Negeri Sembilan.

Ketika majlis ini juga, seorang pemain import baharu telah diperkenalkan iaitu kapten skuad bawah 23 tahun Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov yang mampu beraksi di posisi tengah dan tengah bertahan.

Advertisements

Pada Januari lalu, The Bos Gaurus mengucapkan selamat tinggal kepada 17 pemain yang telah tamat kontrak dan kehadiran pemain-pemain baharu yang lain dijangka akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Musim lalu, Perak menamatkan saingan liga di tempat ke-11 dan tersungkur di pusingan pertama Piala FA. Namun, anak-anak buah Yusri Che Lah berjaya mara ke separuh akhir Piala Malaysia sebelum tunduk kepada JDT.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram