Dunia
Getty Images
Advertisements

Baru-baru ini laman statistik bola sepak terkenal, Transfermarkt telah mengemaskini senarai penjaga gol yang paling bernilai di dunia ketika ini. Agak mengejutkan beberapa nama terkenal seperti David De Gea dan Manuel Neuer tiada dalam senarai kali ini.

Berikut 10 penjaga gol paling bernilai di dunia ketika ini:

simon 10 Penjaga Gol Yang Paling Bernilai Ketika Ini

10. Unai Simon (€25 juta)

Advertisements

Unai Simon bermain untuk kelab Athletic Bilbao dan turut merupakan penjaga gol utama pasukan kebangsaan Sepanyol sewaktu EURO2020 yang lalu. Berusia 24 tahun, Simon telah merekodkan 26 penampilan liga pada musim ini dan hanya dibolosi sebanyak 24 kali.

9. Aaron Ramsdale (€25 juta)

Penjaga gol baharu Arsenal musim ini, Ramsdale dinilai pada harga €25 juta pada waktu ini. Dibeli oleh Arsenal awal musim lalu dari Sheffield United dengan harga €28 juta, Ramsdale kini perlahan-lahan mempamerkan aksi cemerlang bersama The Gunners. Merekodkan 12 clean sheets dalam 25 perlawanan liga, Ramsdale mula dicanang bakal menjadi penjaga gol England kelak.

Advertisements

8. Edouard Mendy (€32 juta)

Dibeli sebagai penjaga gol sokongan kepada Kepa, Mendy berjaya mencuri perhatian peminat Chelsea dengan aksi tangkasnya dihadapan gawang gol. Berumur 30 tahun, Mendy kini berada di fasa kemuncak karier bola sepaknya bersama Chelsea. Malah Mendy turut membantu Senegal dalam menjuarai Piala Negara-negara Afrika yang lalu.

7. Emiliano Martinez (€32 juta)

Advertisements

Bekas penjaga gol Arsenal ini baru berpeluang mempamerkan kebolehannya menjaga gawang setelah hampir 10 tahun menjadi penjaga gol simpanan di Arsenal. Setelah beraksi cemerlang sewaktu Berd Leno mengalami kecederaan, Martinez mengambil keputusan meninggalkan Arsenal untuk menyertai Aston Villa bagi meraih lebih banyak minit permainan.

6. Ter Stegen (€45 juta)

Penjaga gol dari Jerman ini sentiasa menjadi taruhan utama Barcelona sejak beberapa akhir musim ini. Namun Stegen masih belum mampu melakukan perkara tersebut bersama skuad kebangsaan Jerman ekoran kehadiran Manuel Neuer. Ter Stegen hanya dibolosi sebanyak 26 kali dalam 27 perlawanan La Liga musim ini.

Advertisements

5. Ederson (€50 juta)

Penjaga gol kegemaran Pep Guardiola ini sememangnya mempunyai ketangkasan yang hebat malah kelincahan kedua-dua kakinya sewaktu memegang bola menunjukkan lagi beliau seorang sweeper keeper yang hebat. 17 clean sheets dalam 29 perlawanan membuktikan prestasi semasa Ederson bersama City ketika ini.

4. Alisson Becker (€60 juta)

Hadir menggantikan Loris Karius, Alisson nyata tidak menghampakan para peminat Liverpool. Dibeli dari AS Roma dengan harga €62.5 juta, Alisson tetap berjaya mengekalkan nilai pasarannya dengan aksi konsisten yang cemerlang bersama Liverpool.

3. Jon Oblak (€60 juta)

Penjaga gol Atletico Madrid ini kini berusia 29 tahun namun prestasi beliau sebagai penjaga gawang tidak pernah menurun. Jika dahulu Atletico mempunyai De Gea dan Courtois, mereka tetap berjaya mencari pengganti yang sama hebatnya iaitu Jon Oblak.

2. Thibaut Courtois (€65 juta)

Walaupun aksi awal Courtois bersama Real Madrid mengundang kritikan, beliau kini kembali menemui prestasi cemerlangnya dengan merekodkan 26 gol bolos dalam 30 perlawanan pada musim ini. Berketinggian 2 meter, Courtois mempunyai kelebihan fizikal selaku penjaga gol.

  1. Gianluigi Donnarumma (€65 juta)

Bekas penjaga gol AC Milan ini telah beraksi di peringkat profesional sejak usia 16 tahun. Kini menyertai PSG dan baru berusia 23 tahun, Donnarumma dinilai mempunyai harga pasaran €65 juta ketika ini. Walaupun pernah memenangi EURO2020 bersama Itali, Donnarumma kini kerap digilirkan dengan Keylor Navas di PSG dan aksinya terbarunya bersama skuad Itali turut dikritik.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram