Dunia
FA Malaysia
Advertisements

Skuad Harimau Malaya di bawah kendalian Kim Pan-gon ketika ini terdiri daripada ramai pemain tempatan yang memiliki tanda harga yang bernilai. Laman web statistik bola sepak Transfermarkt.com ada menyenaraikan sebelas orang pemain Malaysia paling bernilai mengikut posisi.

Posisi penjaga gol diisi oleh Farizal Marlias yang kini bernilai 200,000 Euro iaitu bersamaan RM 944,000. Farizal yang sedang menikmati musim indah bersama pasukan JDT masih memegang status penjaga gol paling mahal dalam negara.

Posisi pertahanan memperlihatkan gandingan Shahrul Saad dan Dion Cools dibahagian tengah sementara Corbin Ong serta Matt Davies melengkapkan senarai empat pertahanan paling mahal di Malaysia. Tiga daripada mereka ini merupakan regular starter buat pasukan Johor Darul Ta’zim.

Advertisements

Azam Azih, Afiq Fazail dan Liridon Krasniqi pula mencatatkan nama sebagai peman tengah paling bernilai di Malaysia. Tanda harga ketiga-tiga pemain ini kini telah mencecah RM 1 Juta.

Tidak ketinggalan, pemain muda paling bernilai, Arif Aiman Hanapi menjadi pilihan terbaik untuk dipertaruhkan di bahagian sayap kanan sementara pemain Terengganu FC, Faisal Halim mengisi posisi sayap kiri. Dua pemain lincah ini baru-baru ini turut telah mencecah tanda harga RM 1 Juta.

Safawi Rasid menjadi pemain yang memiliki saham tertinggi dalam senarai di posisi menyerang. Beliau kini bernilai sekitar 300000 Euro iaitu bersamaan dengan RM 1.4 Juta.

Advertisements
AE203571 8C30 4BE6 9645 B06600AAF53B 11 Pemain Kesebelasan Utama Malaysia Paling Bernilai

Formasi 4-2-3-1 ini telah memperlihatkan sebelas orang pemain, mengisi slot kesebelasan utama Harimau Malaya paling bernilai.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram