Advertisements
11 Pemain United Dah ‘Rancang’ Gol Debut Antony Bedil Arsenal
Dunia
MakanBola
Manchester United

Bintang baharu Manchester United, Antony tidak menunggu lama untuk memulakan aksi garang bersama pasukannya selepas meledak gol pembukaan ketika menewaskan Arsenal 3-1 semalam.

Pemain berusia 22 tahun itu dibawa masuk dari Ajax dengan rekod yuran perpindahan sebesar €100 Juta sekaligus menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan penyokong.

Antony membuktikan kalibernya sungguhpun kali pertama turun dalam

kesebelasan utama United dan beraksi di liga baru dengan gerakan-gerakan yang menyebabkan anak buah Mikel Arteta ‘semput’.

Beliau mengemudi bahagian sayap kanan The Red Devils dengan cukup baik apabila gandingan bersama Marcus Rashford dan juga Jadon Sancho menjadi watak penting kepada kemenangan semalam.

Memasuki minit ke-35 permainan, pemain kelahiran Brazil ini bijak untuk menghidu hantaran daripada Rashford yang telah dikepung sebelum melepaskan rembatan ke bahagian kanan gawang Aaron Ramsdale.

Jaringan Antony ini menjadi satu-satunya gol yang dibolosi oleh Arsenal pada babak pertama musim ini selain menjadi gol debut penting untuk mengumumkan ketibaannya di Old Trafford.

Lebih menarik lagi, gol beliau ini sebenarnya sudah ‘dirancang’ oleh semua pemain United dalam perlawanan ini.

Ini disebabkan kesemua pemain telah pun menyentuh bola itu sebelum tiba di kaki bekas pemain muda Sao Paolo.

Cabaran United seterusnya adalah untuk membenam cabaran Real Sociedad dalam aksi Liga Europa Khamis ini.