12 Pemain Liga M3 Bakal Ke England Sertai Latihan Kelab EPL
Liga M3
AFL
Advertisements

Biarpun bukan beraksi di dalam kasta tertinggi Liga Malaysia, namun pemain-pemain yang beraksi di Liga M3 kini berpeluang untuk mengasah bakat mereka di England.

Seramai 40 pemain telah menjalani sesi pemilihan dengan 12 pemain yang terpilih bakal merasai latihan bersama pasukan Liga Perdana Inggeris, Wolverhampton Wanderes FC (Wolves).

12 pemain tersebut bakal menjalani latihan yang dijangka bertempat di pusat latihan utama kelab itu iaitu di Compton Park Training Ground, England.

Advertisements

Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Amateur Football League (AFL) di laman Facebook rasmi mereka sebentar tadi.

Sesi penilaian diadakan pada sebelah pagi dan petang yang dikendalikan Pengurus Projek Antarabangsa Wolves, Joe Hunt, Jurulatih Bola Sepak & Pendidikan Wolves, Ryan Griffiths dan Jurulatih Pembangunan Bola Sepak Wolves, Cody Harper.

Turut hadir menyaksikan sesi penilaian itu adalah engerusi Amateur Football League (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, Ketua Jabatan Inovasi Pengguna MBSB Bank, Norashikin Mohd Nor, bekas pemain kebangsaan, Datuk Zainal Abidin Hassan serta Ketua Pegawai Operasi, Mohd Raimi Fakri Mohd Fuad.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram