Ads
16 Pasukan Bakal Meriahkan Liga A2 Amateur
Liga A2
AFL

Saingan Liga A2 Amateur atau Al-Ikhsan Cup kembali lagi untuk musim 2024 dan bakal dimeriahkan dengan kehadiran 16 pasukan.

Advertisements

Liga A2 Amateur yang bakal bermula pada 16 Julai ini menyaksikan kejohanan dibahagikan kepada tiga zon iaitu Zon Pantai Timur, Zon Tengah/Selatan dan Zon Utara.

Advertisements

Menurut Pengerusi Liga Bola Sepak Amatur (AFL), Datuk Wira Mohd Yusoff Mahadi, 16 pasukan sudah mengesahkan penyertaan untuk liga berkenaan.

Advertisements
Advertisements

“Pasukan tersebut adalah Guar Syed Alwi FC, Pencintasetia FC, Kuala Muda FA, KGKU FC, NBK Empire FC, Gombak City FC, SJ Virtuosos FC, SAMB FC, Real Mambau FC, BR United dan Semantan Troopers FC,” katanya.

Empat pasukan sedia ada dalam liga yang akan terus bersaing ialah JAKIM FC, MPPD FC, MAHSA
United FC dan WTS FC. Sementara Naga Ultimate FC yang tersingkir daripada saingan Liga A1 Semi Pro musim 2023 pula akan dikenali dengan nama baru iaitu AAK Ultimate FC.

Advertisements

Yusoff turut memaklumkan penyertaan pasukan-pasukan dari Zon Borneo terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. Ini disebabkan oleh faktor pasukan yang tidak mencukupi, kekangan stadium dan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) 2024.

“Selain itu, pertembungan dengan kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 serta kekangan stadium (venue) antara faktor utama Zon Borneo ditangguhkan seketika,” tambahnya.

Semua pasukan bakal mengetahui mereka berada di zon mana menerusi satu taklimat liga yang akan diadakan pada 6 Julai ini. Saingan liga dijangka berakhir pada penghujung Disember ini.

Advertisements

UiTM United muncul juara Liga A2 Amateur musim 2023 selepas mengatasi cabaran wakil negeri Pahang, YPM FC di pentas final.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram