17 Kali Aymen Dahmen Hiburkan Penonton Dengan Aksi ‘Spider-man’
Dunia
Malay Mail
Advertisements

Pertembungan antara pasukan Denmark dan Tunisia mencuri perhatian tatkala aksi luar biasa yang ditampilkan oleh Aymen Dahmen cukup mengujakan.

Kedua-dua pasukan yang berada dalam kumpulan D berusaha sebaik mungkin untuk mencatatkan kemenangan namun Denmark kelihatan hampa selepas kecemerlangan penjaga gol Tunisia ini membuatkan mereka hampa.

Aymen mendapat kepercayaan untuk mengawal posisi gawang gol Tunisia tampil dengan satu persembahan yang di luar jangkaan.

Advertisements

Beliau menjadi antara pemain yang paling menyinar apabila mencatatkan 5 penyelamatan selain 2 penyelamatan dalam kotak penalti.

Penjaga gol berusia 25 tahun itu juga berjaya melakukan 12 recoveries dan satu pengeluaran bola dari zon bahaya sekaligus melengkapkan malam gemilang Tunisia.

Beliau kelihatan begitu bersedia tatkala berdepan dengan jentera serangan Denmark yang cukup gigih di hadapan gawang mereka.

Advertisements

Aksi beliau mula menjadi bualan hangat sambil para penyokong juga yakin dapat melihat kelibat pemain ini beraksi di pentas Eropah kelak.

Tunisi akan bertemu dengan Australia pada aksi kedua Sabtu ini bagi misi 3 mata pertama dalam kejohanan ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram