2 Pasukan Besar Liga Super Dikhabarkan Tawar Kontrak Kepada Nafuzi Zain
Dunia
Terengganu FC
Advertisements

Walaupun Terengganu FC (TFC) tewas di pentas akhir Piala FA di tangan Johor Darul Ta’zim (JDT) tempoh hari, namun pengendalinya, Nafuzi Zain menjadi rebutan beberapa pasukan untuk membimbing pasukan Liga Super musim hadapan.

Dalam satu status di laman Facebook penyokong tegar Terengganu, Piang Shankly, beliau mendedahkan bahawa Nafuzi telah ditawarkan kontrak oleh dua pasukan besar yang beraksi di Liga Super.

Jika Nafuzi tidak kekal bersama Terengganu musim hadapan, dijangkakan beberapa pemain utama pasukan juga akan meninggalkan pasukan itu sejurus tamat kontrak bersama Sang Penyu.

Advertisements

Sebelum ini, terdapat desas-desus yang mengaitkan Nafuzi dengan beberapa kelab Liga Super termasuk pasukan Kedah Darul Aman FC (KDA FC). Namun, Nafuzi tetap kekal dan memberi komitmen terbaik bersama Terengganu.

Selain dikaitkan untuk menjadi jurulatih pasukan Kedah, Nafuzi juga pernah dikaitkan untuk membimbing pasukan bawah 23 tahun kebangsaan selepas pemecatan bekas jurulatih, Brad Maloney.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram