2 Penalti Disia-siakan, Selangor FC Pulang Bergaya
Dunia
YouTube / unifi
Advertisements

Pada aksi Liga Super ke-16 hari ini, tuan rumah Penang FC menerima kunjungan Gergasi Merah Kuning di Stadium Bandaraya Pulau Pinang. 

Selangor FC bermula garang dengan membuka tirai jaringan melalui sepakan penalti yang mudah disempurnakan oleh penyerang Red Giant, Ifedayo Olusegun seawal minit ke-16. Pengadil memberikan sepakan penalti selepas pertahanan Penang FC mengasari Sean Selvaraj. 

Walaupun Selangor FC turun tempang tanpa kelibat beberapa pemain utama seperti Jordan Ayimbila dan Oliver Buff kerana digantung perlawanan, Selangor FC tampak mendominasi permainan pada separuh masa pertama dengan beberapa gerakan cantik dan percubaan tepat ke kubu lawan. 

Advertisements

Namun, sebelum babak pertama tamat, Penang FC berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-40, hasil hantaran sempurna Endrick Dos Santos melalui sepakan penjuru yang kemudiannya ditanduk masuk cantik oleh David Rowley sekaligus menewaskan penjaga gol Selangor.

Menjelang aksi separuh masa kedua perlawanan, kedua-dua pasukan menunjukkan permainan yang seimbang. 

Pada minit ke-50 perlawanan, Selangor FC kembali mendahului perlawanan melalui sepakan deras penyerang muda Selangor, Danial Asri yang menghasilkan gol. Gol tersebut merupakan gol sulung Danial Asri dalam saingan Liga Super.

Advertisements

Barisan pertahanan Penang FC tampak goyah apabila sekali lagi mereka gagal mengawal barisan pertahanan dengan baik. Percaturan pengendali Germany, Karsten Neitzel jelas membuahkan hasil apabila Selangor FC menambah gol ketiga mereka melalui percubaan Sean Selvaraj pada minit ke-57.

Babak kedua perlawanan menjadi semakin tegang apabila beberapa insiden kekasaran dan pergaduhan kecil berlaku antara kedua-dua pasukan. Kekasaran daripada benteng pertahanan Selangor FC, menyebabkan pengadil perlawanan terpaksa memberikan 2 sepakan penalti kepada Penang FC. Namun, kedua-dua sepakan penalti yang dimiliki Penang FC itu gagal disempurnakan dengan baik oleh pemain import mereka.

Diminit akhir permainan, Ifedayo menambah derita Penang FC, apabila percubaan cantik jarak jauhnya mematahkan impian Penang FC untuk mendapatkan 3 mata penuh. Perlawanan tamat, Penang FC 1-4 Selangor FC.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram