3 Bekas Pemain Selangor Kini Jadi Tunjang Utama JDT II
Dunia
Johor Southern Tigers
Advertisements

Tiga bekas pemain Merah Kuning, Adam Nor Azlin, Azrif Nasrulhaq dan Ahmad Hazwan Bakri kini diberi kepercayaan untuk menjadi tunjang kepada skuad Johor Darul Ta’zim II dalam menghadapi saingan Liga Premier musim ini.

Dalam perlawanan pembukaan saingan Liga Premier 2022, JDT II telah dijadualkan menentang Kelantan FC. Bagaimanapun pasukan JDT II terpaksa akur selepas dijinakkan The Red Warriors dengan keputusan 2-1.

Rata-rata pemain JDT II yang diturunkan pada semalam merupakan para pemain yang sebelum ini beraksi untuk skuad utama. Antara nama-nama yang dipertaruhkan ialah Izham Tarmizi, Adam Nor Azlin, Feroz Baharudin, Danial Amier, Azrif Nasrulhaq dan Hazwan Bakri.

Advertisements

Sebagai sebuah kelab yang memiliki pasukan ‘feeder’, JDT dilihat cuba memanfaatkan sebaik mungkin ruang yang ada untuk memberi minit permainan kepada setiap pemain. Walaupun keserasian antara pemain di dalam skuad JDT II masih belum mantap, namun corak dan mutu permainan yang sama masih diterapkan.

Untuk rekod, Azrif Nasrulhaq telah melengkapkan perpindahan ke JDT daripada Selangor FC pada 2016 sementara Ahmad Hazwan Bakri pula pada 2017. Pada tahun 2018, JDT turut menyambar tonggak pertahanan kental, Adam Nor Azlin.

JDT II bakal meneruskan saingan Liga Premier dalam perlawanan kedua menentang Kelantan United. Perlawanan tersebut bakal diadakan pada 18 Mac kelak di Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, Larkin.

Advertisements
Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram