3 Import Utama JDT Dijangka Turun Bertemu Terengganu
MFL
Azri/MakanBola
Advertisements

Menjelang aksi akhir Piala MFL hari ini, JDT II dijangka bakal diperkuatkan lagi dengan kehadiran tiga pemain import daripada skuad senior JDT.

Kelibat Endrick dos Santos, Shane Lowry dan juga Oscar Arribas dilihat turut serta menjalani sesi latihan di Stadium Cheras bersama pasukan JDT II.

Kehadiran tiga pemain ini sekaligus memberi petanda bahawa mereka akan memperkuatkan skuad JDT II untuk merebut Piala MFL menentang Terengganu.

Advertisements

Dalam peraturan Piala MFL, setiap pasukan yang bertanding dibenarkan menggunakan 5 slot pemain (maksimum 3 pemain import dan pemain tempatan yang melebihi umur) dalam senarai skuad menurut wartawan sukan Astro Arena.

2 pemain tengah dan seorang pertahanan berpengalaman pastinya bakal menjadi pemangkin semangat dan meningkatkan keyakinan skuad JDT II dalam bermain di perlawanan akhir.

Advertisements

Skuad kendalian Hairuddin Omar perlu bersedia menghadapi ancaman berbisa pasukan JDT yang bakal diperkuatkan lagi dengan kehadiran 3 pemain berpengalaman ini.

Weekly Contest & Free Gift

Join us on Telegram today.

Join Telegram